
The Story Bank
Cara brainstorm 100 cerita dalam masa 1 jam - Sebelum tulis content storytelling di social media.
Ebook pertama ini membantu kita kenal pasti, kumpul dan susun pengalaman hidup kita supaya jadi bank idea cerita yang boleh digunakan untuk menghasilkan content.
Saya dapati beberapa masalah utama yang berlaku ketika ini iaitu:
- Saya tak tahu nak tulis cerita apa.
- Saya rasa kisah hidup saya tak menarik.
- Saya tak ada pengalaman yang hebat atau luar biasa yang boleh dikongsikan.
- Saya selalu tak ada idea content.
Sebenarnya, semua orang ada cerita.
Malah, setiap cerita kita ada keunikan yang tersendiri.
Cuma ramai yang tak tahu cara untuk cari dan kenal pasti idea tersebut.

